06 2 / 2012

Ayah aku selalu pesan kat aku supaya sentiasa bersederhana, bersabar. Katanya, tiada apa yang kita nak didunia ni kita takkan dapat melainkan memang itu yang tertulis dalam qoda dan qodar kita. Apa yang kita nak kita akan dapat asalkan kita tidak terlalu terdesak, bersabar dan terus bersabar. Lama kelamaan, apa yang kita nak tu akan kita miliki walaupun ketika itu, perkara tu tidak penting lagi.

03 2 / 2012

Ada satu cerita, disaat itu kesepian melanda diri. Dia keseorangan, biarpun berada dalam kumpulan yang ceria dan riuh, dia tetap berasa sunyi. Hatinya menidakkan segala yang berlaku padanya. Dia terlalu taksub dengan kepercayaan dan kesetian yang dia sedia maklum itu semua kian rapuh. Adakah dia terlalu bodoh ? Dengan siapa perlu dia buktikan betapa sayangnya dia terhadap sahabatnya ? Walhal si sahabat kian lama kian hilang kepercayaan terhadapnya. Dia duduk sendirian dalam keriuhan, fikirannya melayang. “bagaimana lagi untuk aku buktikan pada dia, apa yang aku lakukan demi kebaikkan dia ..” … “ah ! Kau pun sama jahat juga, nak buat baik ? Betulkan org len ? Ketam lah !” .. Semakin dia berfikir, semakin kusut .. Hanya menemui jalan buntu namun tiada penghujung yang satu. Oh ! Gila !

03 2 / 2012

Ada satu cerita, disaat itu kesepian melanda diri. Dia keseorangan, biarpun berada dalam kumpulan yang ceria dan riuh, dia tetap berasa sunyi. Hatinya menidakkan segala yang berlaku padanya. Dia terlalu taksub dengan kepercayaan dan kesetian yang dia sedia maklum itu semua kian rapuh. Adakah dia terlalu bodoh ? Dengan siapa perlu dia buktikan betapa sayangnya dia terhadap sahabatnya ? Walhal si sahabat kian lama kian hilang kepercayaan terhadapnya. Dia duduk sendirian dalam keriuhan, fikirannya melayang. “bagaimana lagi untuk aku buktikan pada dia, apa yang aku lakukan demi kebaikkan dia ..” … “ah ! Kau pun sama jahat juga, nak buat baik ? Betulkan org len ? Ketam lah !” .. Semakin dia berfikir, semakin kusut .. Hanya menemui jalan buntu namun tiada penghujung yang satu. Oh ! Gila !

02 2 / 2012

1.20 pagi

Setiap orang ada cara tersendiri untuk berfikir dan tak semua cara itu sama. Kalau ada yang sama, mungkin satu kebetulan atau kimia ? oke .. lupakan tentang tu. Aku malas naak fikir apa yang orang fikir, kata, ngumpat or whatever ..

1.20 am

Aku masih berjaga ..

Sejak akhir - akhir ni, kakak selalu tidur awal .. 8.30 pm dah terlelap .. takpe la, aku tak marah pun bila berjaga sendirian ke pagi padahal esok kerja kerana kakak sering bangun awal .. dia la yang kejut aku bangun tidur .. kejut dengan penuh kasih sayang dan kekadang kena juga cubitan manja .. ala, nak kejutkan adik yang liat bangun harus la berkasar sikit oke .. banyak sikit .. tidur awal atau lewat sama je susah nak bangun .. haishh !

Oh ya ! Hai .. Aku, Khairul Atikah .. Ini, kisah hidup aku .. realiti atau fantasi .. siapa yang nak baca cerita budak ni ? erm .. aku bukan nak jaja hal peribadi .. TAK .. aku cuma nak bercerita sebab aku rasa kisah aku menarik ..

Huh !

Oke ! Penipu ..

Aku memang nak menjaja cerita untuk dibaca oleh Ayahku, Ibuku, Adikku, Adikku, Adikku dan kakakku, mungkin suatu hari nanti suamiku ? anakku ? dan anakku ? erm .. suatu hari nanti .. aku berharap mereka semua baca apa yang aku nak beritahu tapi tak pernah terluah ..

Agak -agak la .. bila mereka akan tahu tentang kewujudan tumblr ni ?

08 11 / 2011

kun fa ya kun

Apabila tuhan ingin sesesuatu terjadi ia hanya perlu bertitah dengan kata kalamnya jadi,…maka jadilah

Dalam hidup ni, tiada yang kita tahu kita benar - benar tahu dan tiada juga yang kita rancang benar - benar terjadi . . maka semuanya dengan kehendak Allah swt . .

Aku pernah meminta kepadaNya suatu ketika dulu . . ketika hati mempunyai perasaan takut dan kecewa . . ketika itu, aku hanya REDHA dengan ketentuannya . . aku tak tahu apa yang bakal dan akan terjadi . . aku juga tidak mahu . . tapi jika itu kehendak-Nya, siapalah aku sekadar hamba yang lemah . . memohon segala dari-Nya didunia dan akhirat kelak . .

Bersyukur dengan ketentuanNya . .

Bersyukur dengan segala yang dianugerahkan kepadaku . .

Alhamdulillah . .

Subhanallah . .

Biarpun berat hati ini untuk menghadapi perpisahan ini tetapi aku kuatkan juga . . menangis disebalik selimut setiap malam . . tidak boleh menutupkan mata seolah - olah takut untuk menghadapi hari esok . . berhujah tentang dimana dan kemana . . tiada yang boleh dinafikan lagi jika ini yang perlu aku lalui . .

Sesungguhnya, Dia sangat menyayangi kami . . memberi kami merasai kebahagiaan disaat kami sedang menghadapi kekecewaan . . jika dengan izinnya, akan ku sisipkan cerita kami disini . . insyaAllah . .

31 10 / 2011

Cemburu itu universal

Song : Percaya Padaku - Ungu

Cemburu itu tanda sayang. Kenapa mesti sayang ? kenapa tak benci je terus ? sayang sebab kita taknak orang yang kita sayang, suka, cinta dapat pada orang lain. Mungkin orang lain tu, adalah orang yang kita tak suka atau mungkin kita tak suka langsung ! Benci adalah perkara yang mustahil. Lagi - lagi, kita dah sayang jadi kita terima dia seadanya. Buruk baik dia. Persetankan semua perkara kerana kita sayang dia. Ya ! S.A.Y.A.N.G !

Cemburu itu universal. Tak semestinya untuk orang yang kita cintai. Maksudnya, pasangan kekasih. Boleh jadi, ayah cemburukan anak yang manja betul dengan ibunya (isteri). Adik yang cemburukan abang sayang sangat kat kakak dia. Kakak yang cemburukan adik disayangi oleh adiknya yang lain. Atau kakak yang cemburukan adik dia manja dengan kakak yang lain. Boleh jadi juga atok yang cemburukan cucu yang manja dengan nenek sampaikan nenek terlupa nak buatkan kopi minum petang atok. Apa pun boleh jadi pada satu subjek ! C.E.M.B.U.R.U

Ini situasi seorang kakak yang cemburukan adiknya dengan kakak yang lain ;

“Akak nak pergi dulu . . nak pergi jauh ni . .”

“Yelah, biar adik hantarkan . . boleh la adik berjimba - jimba dengan kakak comel bila akak takde nanti . .”

Si Kakak berlalu pergi dengan riak wajah yang agak garang.

“Pergi la kat kakak comel . .”

“Ish ! Gurau je. Taknak !”

“Pergi la . .”

“Taknak la, mesej sudah . . call ke ?”

“Owh, dah ada la nombor kakak tu ?!”

“Eh ?! ermm …”

*sunyi*

“Kakak tu balik kerja pukul5 . .”

“Tahu ?!”

“Eh ?! errr . .”

“Turunkan akak, biar akak balik naik bas ! Hantar la kakak tu balik !”

“Taknak la !”

*sunyi*

“Kakak adik ni merajuk pulak ! Adik tak pandai pujuk, takpe ! Nanti adik call kakak tu, tanya macamana nak pujuk !”

“Call la ! Call ! Pergi kat kakak tu ! Pergi !”

“Taknak la !”

*sunyi*

“Sorry eh ?! Gurau je . .”

“Pergi la kat kakak tu, kakak tu kan sayang adik !”

“Ceit ! Memang la, tapi adik sayang akak ni sorang je ! Sorang je ! Tak mau yang lain !”

*sunyi*

“Akak kan nak pergi tinggalkan adik ni, pergi la . . boleh adik berjimba - jimba dengan kakak tu . .” - Ayat menyakitkan hati sendiri -.-“

“Owh ! Memang akak nak pergi pun !”

“Yes !!” (Berbisik tetapi dengan lantang)

“Gembira la adik dengan kakak tu !”

“Eh ?! Salah . . adik nak cakap . . alaaaaa . .”

“Takpe, akak pergi tak balik dah !”

“Jangan la . . sayang kakak ni sorang je . . gurau je tadi . .”

*sunyi*

“Akak jealous ke ?”

“Ada la sikit . . akak tak suka adik cakap macam tu !”

“Dah akak suka sangat nak bagi adik kat orang lain . . sebab tu adik cakap camtu . . akak ni, tak sayang adik dah ke ?”

“Adik rasa ??”

“Adik rasa, semakin hari adik semakin sayang kakak . . tapi, tak tahu la kakak macamana . .”

“Akak pun sayang adik kakak ni sesangat . . lain kali jangan cakap macam tu lagi . .”

“Baik ! Sayang akak !” - hugs

Nampak tak ?! Cemburu itu universal. Jangan kata, bila kawan baik dia cemburu dia dengan kawan yang lain dikatakan sebagai gay, lesbian dan sebagainya. Kita tak boleh judge seseorang melalui luaran, perbualan ataupun apa saja. Tuhan pun tak terus menghukum hambaNya yang melakukan kesilapan dan Tuhan juga tak kejam. Dia juga maha pengampun - dah lari daripada tajuk asal.

Yang pasti, dengan cemburu juga bukan bermaksud kita boleh mengawal hidup seseorang tu ikut suka hati kita. Sebagaimana Tuhan beri kita kebebasan untuk memilih, begitu juga dengan orang lain.

Sayangi la apa adanya.

24 10 / 2011

Lamunan

Lagu Ashiteru berkumandang di radio

Lantas, aku membesarkan volume radio kereta Saga BLM hitam yang dah bercapuk kotor tidak bercuci lagi. Sibuk sangat di pejabat sehinggakan aku mengabaikan banyak perkara. Tempat terbaik untuk berfikir, mengelamun, berehat, melepaskan stress adalah dalam kereta . . jangka masa tidak panjang tapi cukup untuk membuatkan aku kebosanan dan kesunyian

Pergi lantak dengan pemandu sekeliling . . aku muak bila mereka berkejar - kejar sesama sendiri . . oh aku lupa, aku berada di Kuala Lumpur. Semuanya serba laju. Kalau kau lambat, kau akan ketinggalan dan mungkin akan jadi peminta sedekah ataupun tinggal musafir dibawah jambatan.

Kuala Lumpur bukan kota bersuka ria kalau kau tak bekerja keras. Atau kau seorang penyangak, maka kau tak perlu bekerja keras. Kuala Lumpur, kota palsu. Aku muak berada disini . . tahu ? Aku sesak dengan jalan jam. Penjenayah merata - rata. Rasuah. Duit. Asap. Bunyi bising. Semua ada. Kota yang tidak pernah tidur.

Memandu dengan leka, menyebabkan 45minit berada dalam kereta . . menyanyi lagu ashiteru sambil tersenyum sendiri . . bila tiba lagu Patah Seribu . . senyuman itu hilang. Sakitnya terasa, apa yang boleh aku bebelkan sendiri ? TIADA.

Usah dikenang cerita lama. Sedalam mana cinta aku pada dia. Aku takkan kembali. Semua tu tinggal sejarah luka yang tidak perlu aku kenangkan lagi. Apa pun yang berlaku, aku perlu melangkah ke hadapan. Apa pun kisah luka selepas ini (yang telah dijangkakan) aku tidak boleh terus bersedih.

| Aku seorang yang HOPELESS . . |

03 2 / 2011

waiting

i hate it ! but, if i waited mean i expecting something and that is important. why dont u just make me happy about that ?!

02 2 / 2011

especially for those that I love . .